Saturday, November 27, 2010

WARNA:Pengaruh Emosi dan Persekitaran...

                                                                     MERAH                                   
Warna yang melambangkan kesan sensual dan mewah. Penggunaan warna merah membangkitkan rasa yang lebih bertenaga, optimis, aktif, komunikatif, hangat dan bersemangat. Namun, penggunaan terlalu banyak warna merah akan merangsang kemarahan dan agresif. 
                                         MERAH JAMBU
Membangkitkan suasana yang lebih romantik dan menenangkan. Warna ini bukan sahaja melambangkan kasih sayang dan perasaan cinta, malah memberi kesan yang positif terhadap minda dan emosi kanak-kanak. Begitu sinonim digunakan pada kamar tidur anak perempuan.
                                                 OREN
Melambangkan sosialisasi, penuh harapan dan percaya diri. Ia membangkitkan semangat, kreativiti, dan tenaga. Warna yang sering diadaptasi pada ruang makan ini juga dapat menimbulkan perasaan positif, gembira, dan optimis. Warna oren juga mampu mengurangkan depresi atau stres. Namun jika berlebihan akan merangsang perilaku hiperaktif.
                                              COKLAT
Warna coklat membangkitkan suasana yang nyaman serta menimbulkan kesan anggun dan elegan. Penggunanan warna bumi ini juga bersifat natural, hangat dan menenangkan. Namun, penggunaan secara berlebihan akan menyebabkan ruangan menjadi kaku dan berat.
                                                PUTIH
Sering digunakan bagi menimbulkan suasana yang lebih lapang dan bersih. Putih melambangkan kemurnian, perlindungan, ketenteraman, nyaman dan memudahkan refleksi. Namun, jika ruangan menggunakan sepanuhnya warna putih akan menimbulkan perasaan dingin, kakau dan steril.
                                               KUNING
Warna kuning perlu bijak digunakan kerana jika salah percaturan akan menimbulkan kesan yang menakutkan. Warna yang kebiasaannya digunakan di ruang belajar ini mampu membangkitkan tenaga dan mood. Kuning melambangkan semangat, mendorong ekspresi, memberi inspirasi, memudahkan berfikir secara logik dan merangsang kemampuan intelektual.
                                                HITAM
Warna yang sering digunakan di kediaman moden ini mempunyai pengaruh yang kuat dan penuh percaya diri. Warna hitam melambangkan maskulin, elegan, mewah, dramatik, dan misteri. Oleh sebab warna ini juga boleh menimbulkan kesan duka dan tertekan, warna merah sering digabungkan bersamanya agar suasana  persekitaran dapat diseimbangkan.
                                                 HIJAU
Hijau sering dikaitkan dengan alam semulajadi kerana mampu membangkitkan suasana persekitaran yang segar, penuh bertenaga, menyejukkan, menenangkan dan menyeimbangkan emosi. Warna ini juga menimbulkan kesan elegan, meredakan stres dan mendorong perasaan simpati.
                                                 UNGU
Menimbulkan kesan sensual, feminin, antik, anggun dan hangat. Ungu juga sering dikaitkan dengan suasana spiritual, misteri dan mempunyai daya penarik yang kuat. Warna ungu gelap pula akan memancarkan kekuatan intuisi, fantasi, imaginasi, kreatif, obsesif, inspirasi dan sensitif.
                                                  BIRU
Meminjam elemen air dan udara. Seolah-olah ruangan sedang berinteraksi dengan alam. Menimbulkan kesan yang lapang dan harmoni serta melahirkan perasaan sejuk, tenteram, damai dan terlindung. Warna ini juga sering dikaitkan dengan kesan etnik, antik, dan country. Namun, akan timbul kelesuan bila berlebihan.

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL!!!:)

BOSAN...

dah lama aku x bukak blog ni...aku x bukak sbb x tau nak tulis ape...nak cerita ape...buntu...kisah hidup aku x lah menarik sgt...setakat makan..gi jln2...tido...bukak fb...tu je la...aku ni ade 4 org adik-beradik..aku yg ke-3..bley dikatatakan manja la jugak...haha~aku pon x tau ape makanan ngan minuman kegemaran aku...aku sumbat je ape yg ade kat depan mate aslkan sedap dan semestinya HALAL!!hari ni x de pape yg best..dok umh...pergi kedai beli barang..masak maggi..bukak fb..pastu bukak blog ni...hmm...ibu bapa aku sibok...so..x byk la citer yg aku bley citerkn......see u again...

Saturday, November 20, 2010

TERIMA SEADANYA..

Kalau kita dah ade pasangan hidup..terimalah kekurangan dan kelebihan pasangan kita seadanya...janganlah kita sering salah menyalahkan antara satu sama lain..kan tak elok tu??dalam perhubungan juga kita perlu sentiasa bertolak ansur dengan pasangan..supaya kita tidak saling bergaduh...jika terdapat sesuatu yang kita tidak puas hati dengan pasangan berbincanglah baik-baik supaya keputusan yang sepakat dapat dicapai... jika kita ingin bercinta kita mesti buat dengan serius..jgn anggap hubungan itu satu permainan...senang-senang bercinta, senang-senang putus..macam pasangan kita tak ade perasaan pulak..tak mau lah macam tu kan??SELAMAT BERFIKIR DAN HAPPY SELALU!!!

CINTA DALAM DIAM

Hmm...pernah tak kita menyukai seseorang dalam diam??mesti pernah kan??cinta dalam diam ade kebaikan ade keburukan..kalau x tahu..pikirlah sendiri...selalu orang yang cinta dalam diam ni..seorang yang pemalu..dia akan bagitau dekat orang yang dia percaya boleh simpan rahsia je...tapi..kalau si dia tak tahu kita suka dia lepas tu kita ternampak dia keluar dengan orang lain mesti kita sakit hati kan..nak buat macammane...kita tak boleh salah si dia..sbb..siapa suruh kita tak bagitau dia...haa!lagi satu kalau dia tahu yang kita suke dye..mestilah kita jadi malu nak berhadapan dengan dia...kalau nak yang terbaik..beranikan diri dan bagitau si dia perkara yang sebenar...dia terima atau tak kita tolak ke belakang dulu..kalau dia x dapat terima jgn lah malu sbb hidup mesti diteruskan...kalau si dia terima....berbunga-bunga lah hati kan??ok la...SELAMAT BERFIKIR DAN HAPPY SELALU!!:)

JODOH DI TANGAN TUHAN.....

Seseorang yang kita suka tak semestinya dia perlu suke kita balik...mungkin dia dah suke kat orang lain...dan..kalau si dia tak nak kat kita janganlah kita masih terkejar-kejar nak dia..nanti nampak sangat kita yang syok sendiri...hehe~mesti kita tak nak jadi camtu kan??dalam memilih pasangan tu..mesti lah berhati-hati,jgn salah pilih pulak..nanti diri kita yang merana..jadi kalau x nak dikecewakan..lebih baik kita duduk diam je..kalau takde jodoh..biarlah berlalu pergi..insyaallah..Allah dah sediakan jodoh yang terbaik untuk kita...jadi....SELAMAT BERFIKIR DAN HAPPY SELALU!!!!

JERNIH=AMBIL...KERUH=BUANG...

hmm..ape kate kite buang yg keruh,
pastu kita ambil yg jernih...
salah ke kalo kite wat cmtu??
yg dah berlalu..biarlah berlalu....
x perlu kita kenang2 dan ungkit2...
nnti akn menimbulkn pertelingkahan pulak!!
alakkanlah jadi macam tu yea...!!!

Tuesday, November 16, 2010

ESOK RAYA KORBAN !!!!

Penat giler ari ni..mcm2 keje kene wat....
dari pagi smpai ke ptg baru siap....
pastu kitorg mkn puas2...baru best!!!
sedap higga menjilat jari kaki!!haha :)
keje mengecat umh pon dah abis..bebas rasenyer!!
100% rumh terasa mcm rumh baru lak....hehe~
SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA!!!

Monday, November 15, 2010

Hari Terakhir Sekolah...

Mmg sedih gler la kan...
pejam celik pejam celik...dah akhir tahun...
aku msti akn rindu sgt kat kwn2 aku...
x pe...tahun depan bley jmpe lagi...
aku harap dgn tahun baru...aku nak blaja dgn sungguh2...
INSYAALLAH....amin...