Saturday, November 27, 2010

WARNA:Pengaruh Emosi dan Persekitaran...

                                                                     MERAH                                   
Warna yang melambangkan kesan sensual dan mewah. Penggunaan warna merah membangkitkan rasa yang lebih bertenaga, optimis, aktif, komunikatif, hangat dan bersemangat. Namun, penggunaan terlalu banyak warna merah akan merangsang kemarahan dan agresif. 
                                         MERAH JAMBU
Membangkitkan suasana yang lebih romantik dan menenangkan. Warna ini bukan sahaja melambangkan kasih sayang dan perasaan cinta, malah memberi kesan yang positif terhadap minda dan emosi kanak-kanak. Begitu sinonim digunakan pada kamar tidur anak perempuan.
                                                 OREN
Melambangkan sosialisasi, penuh harapan dan percaya diri. Ia membangkitkan semangat, kreativiti, dan tenaga. Warna yang sering diadaptasi pada ruang makan ini juga dapat menimbulkan perasaan positif, gembira, dan optimis. Warna oren juga mampu mengurangkan depresi atau stres. Namun jika berlebihan akan merangsang perilaku hiperaktif.
                                              COKLAT
Warna coklat membangkitkan suasana yang nyaman serta menimbulkan kesan anggun dan elegan. Penggunanan warna bumi ini juga bersifat natural, hangat dan menenangkan. Namun, penggunaan secara berlebihan akan menyebabkan ruangan menjadi kaku dan berat.
                                                PUTIH
Sering digunakan bagi menimbulkan suasana yang lebih lapang dan bersih. Putih melambangkan kemurnian, perlindungan, ketenteraman, nyaman dan memudahkan refleksi. Namun, jika ruangan menggunakan sepanuhnya warna putih akan menimbulkan perasaan dingin, kakau dan steril.
                                               KUNING
Warna kuning perlu bijak digunakan kerana jika salah percaturan akan menimbulkan kesan yang menakutkan. Warna yang kebiasaannya digunakan di ruang belajar ini mampu membangkitkan tenaga dan mood. Kuning melambangkan semangat, mendorong ekspresi, memberi inspirasi, memudahkan berfikir secara logik dan merangsang kemampuan intelektual.
                                                HITAM
Warna yang sering digunakan di kediaman moden ini mempunyai pengaruh yang kuat dan penuh percaya diri. Warna hitam melambangkan maskulin, elegan, mewah, dramatik, dan misteri. Oleh sebab warna ini juga boleh menimbulkan kesan duka dan tertekan, warna merah sering digabungkan bersamanya agar suasana  persekitaran dapat diseimbangkan.
                                                 HIJAU
Hijau sering dikaitkan dengan alam semulajadi kerana mampu membangkitkan suasana persekitaran yang segar, penuh bertenaga, menyejukkan, menenangkan dan menyeimbangkan emosi. Warna ini juga menimbulkan kesan elegan, meredakan stres dan mendorong perasaan simpati.
                                                 UNGU
Menimbulkan kesan sensual, feminin, antik, anggun dan hangat. Ungu juga sering dikaitkan dengan suasana spiritual, misteri dan mempunyai daya penarik yang kuat. Warna ungu gelap pula akan memancarkan kekuatan intuisi, fantasi, imaginasi, kreatif, obsesif, inspirasi dan sensitif.
                                                  BIRU
Meminjam elemen air dan udara. Seolah-olah ruangan sedang berinteraksi dengan alam. Menimbulkan kesan yang lapang dan harmoni serta melahirkan perasaan sejuk, tenteram, damai dan terlindung. Warna ini juga sering dikaitkan dengan kesan etnik, antik, dan country. Namun, akan timbul kelesuan bila berlebihan.

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL!!!:)

No comments:

Post a Comment